Total Pageviews

Friday, 30 October 2015

Coretan Si Pena Angkatan Sasterawan 8

Sanubari Sasterawan UPSI



Hati...
Ketika diri ini terkapai-kapai,
Engkau berilah kekuatan,
Agar diri ini mampu melangkah lagi.
Janganlah engkau biar,
Ia hanyut dan tenggelam mati,
Kerana ia masih perlu menabur bakti.

Wahai hati...
Jika engkau merasa gundah,
Diri ini juga menjadi tidak berdaya.
Engkau harus kuat,
Bagi menjadi penguat,
Kepada diri si-pemilikmu ini.
Kerana,
Ia hanya ingin menjadi,
Insan yang KUAT...

#Karya AmirHaziq23 




Sumber Gambar:
www.lovethispic.com
throughmymindseye.wordpress.com

Wednesday, 28 October 2015

Coretan Si Pena Angkatan Sasterawan 8

Cinta Nombor Tiga 
oleh Amin Razak














Oh cinta...
Sungguh besar ertinya
Menjadi pemusnah warasan manusia 
Kerana cinta seseorang itu menjadi binasa
Kerana cintalah mereka lupakan segala-galanya

Apakah erti cinta padaku 
Sesungguhnya aku lali melihat orang bermain mata
Itu mereka
Tetapi tidak pada diriku 

Cintaku hanya pada bondaku
Pada bondaku yang ku ertikan lebih daripada kekasih
Tetapi tidak pernah kuluahkan rasa cinta itu
Mungkin cinta itu membuatkanku malu

Pada bondaku, ku buktikan cinta itu dengan kehormatanku
Kerana cinta, ku dengar rintihanmu
Kerana cinta, ku akur akur dengan katanya
Dan kerana cinta juga
Belum pernah ku memiliki insan selain darinya

Sumber gambar : http://www.dream.co.id


*Sajak ini merupakan karya sulungku yang dicipta dalam masa yang singkat semasa kelas puisi di UPSI. Baris-baris puisi ini belum cukup sempurna. Banyak yang perlu diperbaiki. Sejujurnya saya tidak betul-betul menjiwai puisi ini kerana tiadanya psikonalisis. Saya kurang pembacaan tentang puisi dan menjadikan saya tidak pandai menyelitkan unsur alam dan budaya dalam penulisan puisi. Insya Allah, saya akan perbaiki dalam penulisan yang akan datang.