Total Pageviews

Monday, 2 November 2015

Coretan Si pena Angkatan Sasterawan 8

Sajak Pencinta

Bertemunya kita di pasar minggu,
Bulan Februari tahun lalu,
Pada pagi hari sabtu,
Ketika kau bersama ibumu,
Melihatmu aku terpukau,
Jantungku seakan tercabut,
Dirimu jua tersipu malu,
Seakan pokok duri semalu.

Lantas aku menghampirimu,
Apakah nama kamu?
Itulah soalan pertamaku,
Rasa malu ku buang ke tepi,
Kerana rupamu sungguh terperi,
Santun bicaramu,
Itulah membuatku terpaku,

Apakah ini srikandi cintaku.

Hari silih berganti,
Perangaimu telah kukenali,
Dari mula hingga kemari,
Yang tidak ku minati,
Sia sudah aku menanti,
Pada orang yang tiada budi,
Hingga kini saling membenci.

Oleh kerana peristiwa itu,
Yang tiada aku tahu,
Apakah salah diriku,
Apa tersedia aku tahu,
Zahirmu putih bersih,
Batinmu penuh noda,
Tetapi aku masih di sini.

Siput,  2015

No comments:

Post a Comment